Mahasiswa. Satu golongan yang dulu amat dihormati dan disanjungi. Merekalah cream of society, golongan beruntung,golongan terpilih,golongan harapan,golongan berpotensi ,cendekiawan dan golongan sasaran masa depan.Namun, marcapada hari ini menunjukkan bagaimana hilangnya rasa hormat masyarakat terhadap mahasiswa. Golongan yang dahulunya,suaranya didengar, ayunan langkahnya digeruni, kini dipandang sepi, penuh benci. Mengapa ini terjadi? Bila mana ada diantara golongan ini, tersasar jalannya, terpesong niatnya kerna tertawan indahnya dunia.
Memetik kata-kata Mujahid Fathi Yakan,
"Matlamat utama persiapan mahasiswa Islam pada hari ini adalah untuk melaksanakan matlamat agar tercapainya Qawamah (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Tenaga pemuda diperlukan untuk memindahkan pimpinan dan semua umat dari tangan jahiliyah ke tangan Islam. Dan juga pemikiran perundangan dan akhlak jahiliyah kepada Islam "
Sedarkah kita,umat Islam hari ini telah dimalukan oleh dunia dalam 3 peristiwa besar. Yang pertama, ketika jatuhnya empayar Khilafah Uthmaniyah pada 69 tahun yang lepas. yang kedua, ketika bumi Palestin diperkosa Israel laknatullah, dan ketiga, ketika Gaza diserang bertubi-tubi pada 2008. Ketika itu, teruk umat Islam dimalukan kerana kita tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Dan yang terbaru, ketika kerajaan Mesir membina tembok di sempadan Mesir-Palestin. Tidakkah kita sedar, musuh-musuh Islam terguling-guling mentertawakan kelemahan kita? Sedang kita, masih lena dibuai 'indahnya' dunia yang juga telah di hamparkan oleh mereka. Ayuh saudaraku,bangkitlah! Tanamkan didalam jiwa kita, bahawa kita adalah pewaris kekuasaan dunia. Ingatlah, suatu ketika dahulu, kita telah berjaya menaungi 1/3 dunia. Ayuh kembalikan kegemilangan Islam!!
Saudaraku, sedarkah kita, bahawa mahasiswa hari ini menjalani hidup penuh krisis. Krisis aqidah, krisis ibadah,krisis akhlak krisis pemikiran dan krisis kecemerlangan. Mungkin ramai yang menyedari tentang krisis kecemerlangan.Sejak berada di sekolah rendah, kita telah diajar, tujuan kita ke sekolah hanya untuk mencipta kecemerlangan. Namun kecemerlangan yang serig di fikirkan oleh seseorang yang bergelar pelajar hanyalah kecemerlangan dalam akademik.Sedangkan kecemerlangan sahsiah, akhlak, aqidah,dan ibadah dipandang sepi. No value.
Kita hayati pula kata-kata Assyahid Imam Hassan Al-Banna tentang persiapan asas seorang mahasiswa
1) keimanan yang teguh
2) Pemikiran yang berilmu
3) Ibadah yang sahih
4) Akhlak yang ampuh
5) Jasmani yang sihat
6) Pengurusan masa yang cekap
7) Pengurusan yang sistematik
8) Mampu bekerja dan berusaha
9) Mujahadah diri
10) Bermanfaat kepada manusia
Dalam menggapai semua ciri-ciri yang digariskan, kita amat memerlukan sesuatu yang mengejutkan kita tika terlena, mengingatkan kita tika terlupa, dan menasihati kita tika memerlukan.Penyelesiannya hanya satu, DAKWAH. Dakwah dikampus perlulah bersifat terbuka namun masih berorientasikan rekruitmen dakwah itu sendiri agar masyarakat mudah untuk menerima. Dan golongan yang paling sesuai untuk dakwah masyarakat kampus adalah, mahasiswa itu sendiri.
Nahnu minhum, wa ma'ahum, wa a'laihum
kami berasal dari mereka, bersama mereka, dan akan kembali kepada mereka (masyarakat)
Namun, sebelum itu, seorang daie perlulah mempersiapkan dirinya dahulu dengan beberapa persiapan, iaitu :
1) Ilmu
" katakanlah (Muhammad) "inilah jalanku,aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik."
- Yusuf 108
2) Realisasi dakwah dalam kehidupan
"sesungguhnya solatku,ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu baginya dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku, dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerah diri (muslim)" -Al-an'am 162-163
3) Ikhlas - hanya mengharap redha Allah semata
4) Sabar dengan ujian
5) Hiasi diri dengan akhlak maknawiyah
6) miliki Himmah ( semangat) yang tinggi
Jadi, sama-samalah kita mempersiapkan diri dalam membentuk sebuah masyarakat yan menjadikan Islam sebagai cara hidup yang sebenar.
~ stay in unity and Islam will win~
No comments:
Post a Comment