(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Friday, February 26, 2010

M>U>R>T>A>D





Alhamdulillah.. Perjalanan semalam amat mudah bagi saya, walaupun secara realitinya saya dihambat debaran. Antara forum, AGM, midterm n kerja yang tak selesai, saya jadi risau. Namun pertolongan Allah tu dekat. semua perkara tu dah selesai.. awal pagi semalam, saya nekad nak bereskan trus, dan Alhamdulillah sangat, sekali percubaan, dah berjaya.. petang terus dengan midterm n pas magrib lari ke fakulti.. Pas terlaksana tugas saya tok AGM, terus p lari ke masjid. Alhamdulillah, saya sempat menyempatkan diri tok ke semua program tu..

Nyata, aktiviti melarikan diri ke masjid tak mengecewakan saya walau kena marah sal lari dr agm hehe opss,bkn marah,teguran. Forum Perdana Ehwal Islam (Persoalan murtad:punca,kesan &langkah mengatasinya) amat memberi saya banyak informasi baru dan penjelasan yang gagal saya dapat selama ini.

Dengan kehadiran 2 panel yang mantap, dan moderator yang juga mantap, forum semalam sangat hidup. Menyentak perasaan hadirin, yang mula sedar punca sebenar kepada isu murtad ini. Mengikut kata saudara Daniel Hakim Boey, umat islam sebenarnya sedang diserang dengan hebat, namun serangan bukanlah secara serentak, namun pendekatan yang dilakukan adalah dengan menimbulkan satu isu pada satu2 masa. Antara contoh, penggunaan kalimah Allah oleh non-muslim. Mengikut kata beliau, mereka cuba untuk mengelirukan umat islam.. saya tidak mahu mengulas lanjut, kerana saya tahu, setiap kita ada pandangan sendiri.

Seterusnya, serangan mereka melalui IFC. Apa itu IFC?

“…sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: Islam) akibat desakan penganut agama lain.

“Badan ini berfungsi mirip sebuah Mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit.”


Antara perkara yang diperjuangkan IFC :

1) Kebebasan kepada orang Islam means, suka ati la orang islam tu nak kuar masuk islam ke apa ke..
2) Anak yg lahir, tak boleh ditentukan agamanya sampai umur 18 tahun dan anak tu bebas pilih agama sendiri.
3) orang Islam boleh keluar Islam (murtad) tanpa kena tindakan undang-undang
4) Orang Islam boleh keluar Islam if nak kawin ngan non muslim
5) non muslim x perlu convert if nak kawin ngan orang Islam
6) Pelajaran Agama Islam tak boleh diajar di sekolah

n satu lg cara meeka, memecah belahkan keluarga..dengan cara, mebebaskan virus2 pornografi.. hmmm mlalui porno, manusia hilang rasa hormat pd org len

tu antara tuntutan IFC.. banyak lg..yg len cari sendiri ek.. Saya sebenarnya tertarik dengan kupasan Bro Shah Kirit tentang punca murtad. Andai saya mampu, tulis sebijik2 apa yg bro ni ckp smalam... tak pe saya cuba, tp kompem x kan sebijik @ sejibik cam yg bro 2 ckp.. bau2 bacang 2 ada la kot ^_^..

"Bila kita bicarakan tentang punca. Punca adalah perkara pokok sesuatu masalah. Sedar tak sedar sebenarnya bila jadi camni, kita mula nak salahkan pihak lain. salahkan kristian yang bdakyah, salahkan undang2.. Tapi betul ke kristian berdakyah? tu kita yg ckp..bg mereka, sebenarnya mereka berdakwah. Bagi mereka, Kristian adalah agama yang suci.Islam tak.. sebab mereka ada jesus priest yg mati disalib selama 3 hari sebab menanggung dosa-dosa orang kristian..Jadi, bila mati nanti mereka da tak da dosa, semua masuk syurga sal Jesus tadi dah tanggung dosa2 mereka. Tapi orang Islam tak, bila orang Islam mati, semua masuk neraka pasal org Islam menolak yg jesus (nabi Isa ) mati disalib. disebabkan tu, kristian rasa kesian dgn org Islam dan mereka pon bdakwah, agr org Islam sama2 masuk syurga dgn mereka. "

emm cm klaka ada, cam serius pon ada.. tp 2 sume intro dia jea.. punca utama persoalan murtad adalah....KITA !!! ya puncanya KITA YANG TAK BUAT KERJA KITA !!

Sebagai contoh, kita wat jahat,kita nak salahkan syaitan ke? mmg syaitan yang goda, tapi, 2 dah memang kerja syaitan. Masalahnye kita. sal kita tak cuba nak menguatkan aqidah kita sampai yang lain senag sangat meruntuhkan aqidah yang kita ada.. Aqidah kita pada hari ni, sangat rapuh.. sangat berbeza ngan aqidah sahabat2 @ umat Islam zaman dahulu kala..

Selain tu, Bro Shah pun ada bahagikan murtad kepada 3 golongan :

1)Orang bukan Islam masuk Islam dan keluar semula (murtad)
2)Mak ayah Islam, lahir sebagai Islam, then murtad
3)Orang Islam yang fikir dia Islam, tanpa disedari dah pun murtad (nauzubillah)

Kes 1 ngan 2 dah biasa kita dengar..Tapi kes ke 3, amat jarang dibahaskan.. dosa terbesar dalam Islam, syirik, Allah tak ampunkan dosa syirik until orang tu bertaubat. Dan syirik membawa kepada murtad.percaya kuasa lain (bomoh, tangkal, etc) tu syirik.. kalau wat equation mgkin ley ckp cmni

premis 1: syirik = murtad
premis 2: percaya tangkal, bomoh = syirik
solusi :percaya tangkal, bomoh = murtad

huhu.. 2 yang banyak terjadi kat masyarakat kita tanpa kita sedari ..n satu agy, berlakon.. yg ni x nak ulas..saya percaya anda semua pun maklum tentang hal ni... hmm faktor lain TAK PAHAM APA SEBENARNYA AQIDAH ISLAM tu.... mak ayah berpecah belah (cerai), mak ayah sibuk dengan kerja ,ragu yang akhirnya membawa kepada keyakinan kpd agama lain, mualaf yang tak dibimbing, silibus plajaran yg tekankan feqah n bukannya aqidah dan yang paling famous CINTA..


How to Solve? mantapkan Aqidah dan eratkan hubungan keluarga dengan mendidik anak mengikut zaman mereka, bkn ikut zaman kita.. n dua kelemahan utama yang juga mnjadi kelebihan mereka, kebajikan aka kewangan...

sebenarnya forum ni hangat bila ada non muslim yang masuk dan membahaskan hal ni..Namun kebetulan, dia sebelah saya adalah rakan sekelas merangkap rakan lama beliau di matrik.. Jadi melalui insan ni,saya diberitahu bahawa non muslim tersebut Poh Hui Chen amat tertarik dgn Islam..cuma keluarga yang menghalang... Kita doakan semoga beliau diberi hidayah.. Amiin

Dan kita,Sudahkah kita menjalankan kerja kita? Jangan persoalkan orang yang berdakwah, jika kita hanya duduk meriba tangan. n lastly pesanan bro Shah,


~be a muslim as your choice not by chance....~

6 comments:

Khairiah A Rahman said...

Bestnya zu dpt pergi..akk xdpt pergi..ada keje sket..walau apa pun terima kasih atas perkongsian..bermanfaat untuk akk yg xdpt pergi..

hazyra said...

alhamdulillah..syukran pada perkongsian..xdpt gi gak..ad progrm len..

~b0rN aS a SlaVe~ said...

hehe..berkat melarikan diri..hehe
saya bagi stakat yang mampu jek... moga sama-sama dapat ambik iktibar..^_^

ShoEin said...

jangan salahkah pihak kristian kerana kuatkan akidah mereka...

Farid Albariti said...

musykil dgn statement ShoEin ni.. boleh perjelaskan tak??

ShoEin said...

kan i2 salah satu benda yg diperkatakan oleh panelist...
contoh lebih mudah, jgn salhkan syaitan kerana menghasut kita tuk buat kejahatan kerana itu memang janji syaitan kepada ALLAH untuk menyesatkan anak ADAM hingga kiamat..
lebih jelas??