(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Saturday, October 23, 2010

Tribute buat sahabat sekalian

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang

Saat ini, saya tersangat pasti, ramai yang sedang bertungkus lumus dengan nota-nota dan segala macam latihan dan soalan yang pasti menyesakkan jiwa bagi y study last minute laa..hehe  termasuk saya.. Namun tiba-tiba saya terdetik untuk merespon terhadap 3 tulisan saya sebelum ni.. Alhamdulillah, setelah melalui fasa-fasa memeritkan itu, saya berjaya mencapai satu jawapan. Mungkin bukan jawapan yang solid, namun cukup bagi menjawab persoalan yang timbul dalam benak saya..

Terkenang saat saya gelisah, saya cuba mencari jawapan.. Beberapa individu yang amat saya percayai, telah saya lontarkan persoalan dan pandangan. Pelbagai respon dan jawapan telah saya temui.. Dan cuma satu yang saya pasti, mereka mengalami apa yang saya lalui saat ini. Seringkali saya saya nasihatkan diri, agar tidak menjawap permasalahan dengan emosi, namun seringkali juga saya gagal. Disaat sahabat-sahabat saya kecewa, ada yang merindukan sahabat-sahabat di tempat perjuangan yang lama.. Sahabat-sahabat lama yang kini juga melangkah meneruskan perjuangan di tempat baru. Sama seperti kita semua.

Kini barulah saya mengerti, mengapa saya terlalu sensitif apabila berhadapan dengan sahabat-sahabat yang sedang diuji, mengapa saya terlampau sedih apabila merasakan ukhuwah yang terbina ibarat menanti belah.. Kerana saya terlalu sayangkan mereka. ya saya sayangkan mereka! 'kehidupan' saya bermula disini. Mereka sahabat pertama yang saya hadir dalam hidup saya. Saya tiada sahabat ditempat lain yang boleh saya rindukan seperti kebanyakan sahabat-sahabat saya disini.

Terimbau kenangan semasa mengikuti Kembara Tabuk, ketika diminta membuat keputusan diantara memilih assignment atau memilih ke 'program' seperti ini. Dan jawapan say disaat itu adalah assignment. Tiada yang memberi jawapan solid kepada saya, benar atau tidak pilihan saya. Cuma saya ditinggalkan dengan kata-kata seorang hamba Allah yang membuatkan saya terfikir, hingga ke saat ini. Dengan senyuman dan agak kesayuan, beliau berkata " Kalau ana, ana akan pilih untuk bersama-sama dalam 'program' ini. Sebab 'hidup' bersama sahabat-sahabat terlampau indah,dan tak dapat dicari diluar. Berbeza bila kita bergerak kerja sebelum dan selepas kita ikuti 'program' macam ni". Dan jujurnya, saya agak tidak dapat menerima jawapan itu..Saya sering tertanya, apa bezanya? Dan kini, saya faham apa yang cuba disampaikan.

Mungkin kerana terlampau takut, saya merasa terlampau sedih apabila merasa jauh dengan sahabat-sahabat saya. Merenung potret gerak kerja kita bersama-sama kadangkala membuahkan rasa rindu terhadap semangat mereka yang dapat saya rasakan dahulu. Saat dicerca, saat dikecam, mereka bersama, walaupun disaat itu, saya bukanlah sesiapa dalam kalangan mereka. Namun pancaran semangat mereka tempias jua kepada diri saya. Dan kini, sebahagian mereka tela pergi meneruskan rentak perjuangan.. Dan sebahagian lagi, masih cekal menyambung perjuangan di bumi limpahan ilmu ini..

Sahabat, jangan dipersoal, siapa saya untuk menegur kalian. Jangan dipersoal saya tidak cuba memahami kalian. Betapa diri ini rindukan semangat kalian yang dulu berjaya menggetarkan jiwa sanubari diri ini. Dimana kalian sorokkan semangat itu? Mengapa kalian pasrah menentang persoalan jiwa? Mengapa kalian menyerah kepada situasi persekitaran? Mana sahabat yang saya kenali dulu? 

Saya tidak menyalahkan kalian. Setiap kita diuji dengan keadaan tersendiri. Cuma satu pintaku, walau diri kita terlalu lemah menahan mehnah, jangan biarkan perasaan itu terus menawan diri kalian. Bangunlah, kobarkan semangat kalian. Saya rindukan semangat kalian yang dulu. Saya rindukan senyuman ikhlas diwajah kalian.

Sahabat, jangan dipersoal mengapa hingga begini kita diuji. Kerana kita milik Illahi.. Persoalannya, sudahkan kita sempurnakan hakNya? Sahabat, saya bukan alim ulama, tidak layak berbicara tentang agama. Namun untuk menunggu mendapat gelaran itu, adakah perlu untuk saya terus membiarkan kalian terus tenggelam dibuai perasaan sendiri?

Sahabat, ketahuilah, Allah sedang menegur kita. Bukan kalian, tetapi kita, termasuk saya. Saya tidak layak untuk menghukum, cuma pinta saya, kembalilah kepada fitrah.. Jangan dipersoal ujian, tetapi muhasabah diri agar ditunjukkan segala khilaf dalam gerak laku.. Moga dipermudahkan segala urusan dan dilorongkan hati kembali kepada fitrah insani.. Maafkan diri hina ini. Namun ketahuilah betapa diri ini terlalu sayangkan kalian..

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepada-Mu,bertemu untuk taat kepadMu, bersatu dalam rangka menyeru di JalanMu,dan berjanji setia untuk membela syariatMu..maka kuatkanlah ikatan pertaliannya Ya Allah.. Abadikanlah kasih sayangnya,tunjukkan jalannya dan penuhilah dengan CahayaMu yang tak pernah redup. lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMU,hidupkanlah dengan makrifahMu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalanMU..Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.Amin.....

2 comments:

hanya hamba said...

satu muhasabah yang baik..sebarkan angin kesedaran ini kepada semua, biar mereka tahu bahawa berjual beli dengan Allah bukannya dengan modal yang murah..

Anonymous said...

Kadang-kadang kita dibiar tersentap dengan kata2, agar kita kembali ke jalan yang nyata..

Alhamdulillah, muhasabah ini dapat kembalikan roh jihad dalam diri. Jihad dalam erti kata yang sebenar.

Bila kkita bermasalah, kerap kali kita fokus kepada masalah2, hingga kita terlupa, ada banyak kegembiraan yang dapat kita peroleh dari alam sekeliling kita..

Terima kasih Allah..
Terima kasih atas segala nikmat2 ini..
Terima kasih atas ukhuwah yang terbina.. Moga semangat Tabuk terus bersemadi..