(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Thursday, December 29, 2011

:: Will you hate me? ::

.Apakah? Tengok title,ayokk ade bau2 jiwang, mungkin, bau2 frust, mungkin.. But deep inside, its all about friendship,ukhuwah..And more than that,its about TRUST. Everybody have their own secret, their own memories, their own history, which can be something that we can proud of or something which we hardly forced ourself to forget it, a very bad history.. And behind all that, the only person that know everything is only we,ourself . But if you suddenly know the 'real' me, will you hate me ? =)





Smile in the two- way mirror of my eyes
I put on my faith like I wear a disguise
You can’t see my soul
See the life that I live
Show you the mask of the best I can give
I’ve hid here afraid like a child behind.
Truth of my thoughts that clutter my mind.
What if you knew about all that I do?
Things that I think,
The me that is true.

Would you call me a hypocrite?
Call me a liar?
Would you curse out my name?
Would you damn me to fire?
Would you know what to say?
Or would you just walk away?
Afraid the me I’ve tried to hide
Would you closely resemble the truth of you that lies inside?

I’ve been looking for answers since becoming an adult
Not looking for dogma to live like a cult
I’ve been looking to live,
I’ve been living to find
Freedom from cages that limit my mind.

Would you call me a hypocrite?
Call me a liar?
Would you curse out my name?
Would you damn me to fire?
Would you know what to say?
Or would you just walk away?
Afraid the me I’ve tried to hide
Would you closely resemble the truth of you that lies inside?

Will I scare you, upset you, frustrate you, irate you?
Challenge a lifestyle or weaken your trust
Or will you see my efforts and my passionate sincerity
Would you see just a little of yourself in me
Will you take off your mask so we can both be free.

Would you call me a hypocrite?
Call me a liar?
Would you curse out my name?
Would you damn me to fire?
Would you know what to say?
Or would you just walk away?
Afraid the me I’ve tried to hide
Would you closely resemble the truth of you that lies inside?


It's hard to find someone who can accept U like the way U are without judging. But, before thinking to find da person, Be da person. Stop Judging =)

Sunday, December 18, 2011

Fenomena Anak Muda

Alhamdulillah..
Berasa amat bersyukur dan terharu kerana diizinkan Allah untuk menjejakkan kaki ke masjid Hasanah kesayangan pada malam tadi.  Sungguh hari ini adalah hari fenomena anak muda!

Paginya, keadaan suram menyelubungi setelah berita pemergian Syeikh Al-Allamah Al-Syahid Imad Affat Al-Syafie ,seorang ulama Al-Azhar yang telah menjadi mangsa tembakan tentera dalam sebuah perhimpunan. Sungguh, saya tidak mengenali beliau, namun suasana mendung rakan2 membawa saya mengorek berita dan cerita insan ini. Anak muda yang merindukan pentarbiyahan dan sentuhan ilmu pasti mudah tersentuh hati melihat pemergian sang penyampai ilmu.Malah seluruh isi langit dan bumi menangisi pemergiannya. Moga Allah memberi syahid kepada beliau.Al- Fatihah.

Pagi tadi juga menyaksikan solidariti anak muda yang berhimpun di Dataran Merdeka dibawah payung Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS). Di fahamkan bahawa gerakan ini diwujudkan kerana anak muda hari ini sudah muak dengan segala karenah dan birokrasi kerajaan terhadap mahasiswa dan pensyarah.
Himpunan ini mempunyai dua objektif besar iaitu pertama sebagai isyarat bagi seluruh rakyat Malaysia yang sudah lama muak dengan sikap pihak pemerintah yang membelenggu rakyatnya dengan pelbagai cengkaman demi kepentingan tertentu.

“Dan yang kedua adalah bertujuan menyerahkan deklarasi tuntutan BEBAS kepada pihak kerajaan dan tidak terlepas sama kepada pihak pembangkang.”,  - Pengerusi BEBAS

Dan, jam-jam terakhir saya pada hari ini menimbulkan keghairahan saya utuk meneruskan misi menjelajah mengutip mutiara ilmu. Malam in menyaksikan limpahan anak muda yang berkumpul di Masjid Hasanah, bukan untuk berdemo, bukan untuk bergaduh, tetapi menngutip taburan ilmu yang disampaikan Ustaz Azhar Idrus. Sungguh saya rasa merasakan aura luar biasa walaupun saya hanya melihat ustaz melalui skrin putih!  Ada rasa terharu mengalir dalam diri melihat anak muda yang hadir, termasuk kanak-kanak kecil.


Penuh..tak campur muslimat kat bahagian atas lagi..


 Kat dalam tak muat, luar pun melimpah..


solat dimana-mana...

Sungguh, saya dapat merasa satu aura dan semangat melihat ini semua. Untuk pegetahuan, solat isyak terpaksa dibuat berjemaah sebanyak dua kali, kerana ruang yang tidak mencukupi. Allahu Akbar!. Siapa kata anak muda hanya rindukan hiburan? Siapa kata anak muda bencikan budaya keilmuan? Siapa kata taman syurga hanya dijengah golongan berusia? Moga semua mendapat redhaNya.


Anak muda, semangatnya mampu menggetarkan seluruh dunia.
Anak muda, suaranya mampu mengubah landskap dunia.
Anak muda, tindakannya mampu menggoyahkan si rakus pencinta dunia.
Anak muda, sentuhannya mampu mengubah sistem dunia.
Anak muda, langkahnya,menggerunkan penderhaka kepada Pemilik dunia.

"Berikan aku 100 orang tua, pasti aku tidak mampu berbuat apa-apa, berikan aku 10 anak muda,pasti kan ku goncang dunia"- pak Karno
 
 
bersambng....

Saturday, December 17, 2011

Biar tidak cantik dimata manusia..

"After performing Salat... Al Maghrib, she put her make-up, wore her beautiful white dress preparing herself for her wedding party, Then she heard the Adhan of ‘Ishaa and she realized that she broke her Wudu
 

she told her mother : “mother, I have to go to make wudu and pray ‘Ishaa”
He...r mother was shocked : “Are you crazy?!! Guests are waiting for you, to see u! what about your make –up? It will be all washed away by water!!” then she added

” I am your mother and I order you not to perform salah now! wallahi if you make wudu now, I will be angry at you”

Her daughter replied :”wallahi I won’t go out from here till I perform my salah! Mother you must know that "There is no obedience to any creature in disobedience to the Creator."!!

Her mother said:”what would our guests say about you when you'll show up in ur wedding party without make-up?! You won’t be beautiful in their eyes! and They will make fun of you!”

The daughter asked with a smile :” Are you worried because I won’t be beautiful in the eyes of creations? What about my Creator?! I am worried because, if I miss my salah, I won’t be beautiful in His eyes”

She started to make wudu, and all her make-up was washed away, but she didn’t care

Then she began her salah and at the moment she bowed down to make sujud, she didn’t realize that it will be her last one!

Yes! She died while in sujud! What a great ending for a Muslimah who insisted on obeying her Lord! Many people who heard her story were so touched!!
She put Him and His obedience first in her priorities, so He granted her the best ending that any Muslim would have!

She wanted to be closer to Him, so He took her soul in the place where Muslim are the closest to Him! SubhanaAllah!

She didn’t care if she would be beautiful in the eyes of creatures so she was beautiful in the eyes of Her Creator!

Tuesday, December 13, 2011

:: Life is complcated @ complicated is life? ::

Ada orang,
perasaannya terpahat di lukisan karyanya,
Ada orang,
rahsianya dilantunkan dalam irama lagu,
Ada orang,
rahsianya tak perlu dikorek,
segalanya terpapar untuk tatapan umum.
maklumat dihujung jari heh!
Ada orang,
walau dipaksa bagaimanapun,rahsianya tetap menjadi rahsia.



Bukan semua benda boleh di'explain' melalui penulisan.
Pon tak semua boleh diexpress melalui lagu,
malah, tak semua benda boleh dikongsi.
Telinga tak lepas dari salah mendengar,
Hati tak lepas dari tersalah sangka,
Pandangan tak lepas dari salah menafsir,
senyum tak bermakna gembira,
diam tak bermakna setuju,
menangis tak bermakna sedih.

Tapi,
Sebagai manusia biasa,
kita kalah jua,
perlukan insan yang mendengar,
perlukan insan yang memujuk,
perlukan insan yang memahami,
ketika krisis melanda diri.
Bukan tujuan untuk mengada,
apatah lagi mengadu domba,
cuma  fitrah manusia,
yang adakalanya inginkan perhatian,
yang adakalanya ingin diraikan,
yang adakalanya ingin berkongsi rasa..

Complicated.
Hidup ini terlalu complicated, dan setiap orang ada cara tersendiri meraikan dirinya. Hargai insan disekeliling anda. Most important,thanks to Allah, who always give u da right person at the right time.

p/s:  Teka,apa perasaan saya masa menulis ni?

Friday, December 9, 2011

:: Jadilah yang soleh/ah buat mereka ::

Tiba-tiba datang mood menulis. secara seriousnya, saya melabelkan blog ni sebagai membosankan. Maka bila keadaan kembali normal, kerja2 merenovate akan dijalankan secara besar2an.

Ko bajet xde masa,abes yang update ni apa cite?  Sebab x cukup normal. Semalam baru sampai dari Pahang.
Puas hati. Bersyukur Allah bagi peluang saya balik, kalau tak, sampai sudah x tau apa jadi kat rumah. ni luahan perasaan lagi ke? erk, hmm.. x kisah la.. cuma nasihat tok semua, ada masa, balik-balik la jenguk mak abah kat kampung. Kalau tak sempat macam mana pon , rajinkan diri kol, tanya kabar. Tapi still x semua perkara yang jadi kat kampung kita akan tau, ni kalau kes anak ala-ala bongsu cam saya la huu, maka backup plan mesti ada. Apa yang kau mengarut ni? Ok, kisahnya begini....

Saya menerima banyak perkabaran yang tak syok mepas balik aritu, berita yang hanya diceritakan setelah insiden kantoi berlaku.. Ni bukan ali pertama, alasan yang selalu diberi, taknak buat saya risau. Saya faham,ada makabah ni taknak anak dia risau, maka if kita tak dapat balik dan kol saja,jawapan biasa yang diberi, 'mak abah sihat jea..' biasakan?




Mak abahni biasanya memang seboleh mungkin tak nak buat anak2 susah hati. Sebagai anak2 kita sepatutnya kenal ibubapa kita. Kalau bukan kita sape lagi? Sebelum mengimpikan untuk jadi isteri solehah/suami soleh kepada pasangan kita nanti, Jadilah anak soleh/ah kepada ibubapa kita dulu.

p/s: Doakan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan ibubapa dan keluarga saya. Moga segala yang berlaku membasuh dosa2 kami dan menjadi asbab redha Allah kepad kami.Amin.

Monday, December 5, 2011

Untuk yang diuji ~

Ya Allah, mereka kuat orangnya. Disaat mereka diterajang ujianMu, mereka tetap teguh, tak berganjak keyakinan terhadapMU. Tetap Kau yang meniti dibibir mereka.

Ya Allah, mereka sabar orangnya. Tiada rungutan yang keluar dari bibir mereka walau ujian itu mampu melumpuhkan insan yang tidak kuat jiwanya.

Ya Allah,mereka sungguh tabah. Tiada kerutan diwajahnya,walau dilempar ujian sehebat ini. Disaat insan disekelilingnya merasa hampir luruh jiwanya, namun dia tetap teguh meneruskan langkah.

Ya Allah, mereka redha orangnya. Tika ujian menyesakkan dada, bukan manusia yang dicari untuk melampiaskan perasaan, tetapi diriMu yang diratib.

Ya Allah, disaat insan lain tidak mampu memahami perasaannya, moga Kau sentiasa disana membelai perasaannya.

Ya Allah, tika insan memeluknya,menenangkannya, moga Kau sentiasa memeluk jiwanya agar terus kuat menjalani ujianMu.

Ya Allah, tika manusia mencari 1001 punca, mereka tetap redha, bahawa segalanya datang dariMu.

Ya Allah, mereka kecintaanMu, maka kau memberi perhatian lebih kepada mereka. Tenangkanlah mereka, tenteramkanlah mereka, berikanlah kekuatan kepada mereka.

Tiada kekuatan melainkan kekuatanMu Ya Allah.

p/s: Al-fatihah buat mereka yang kehilangan insan tercinta. Semoga ditempatkan bersama orang beriman. Dan buat sahabat sepengajianku, moga diberi kesembuhan. Buat semua yang diuji, Allah sayangkan kalian.

Sunday, December 4, 2011

for those who need

Pendamkanlah rasa cinta itu pada seseorang agar ia menjadi indah setelah pernikahan. Yakinlah seandainya dia ditakdirkan sebagai jodoh buatmu, pasti suatu hari akan dirimu dan dirinya akan bertemu, namun jika bukan ketentuan jodohmu, meskipun sehebat manapun usahamu, pasti ia akan terlepas pergi dan berlalu.

Mungkin benar, pasti terseksanya sekali hati menahan perasaanmu, betapa pahitnya mengawal... hatimu, apatah lagi kekadang goyahnya iman didalam jiwamu, namun percayalah jika ia adalah ketentuan jodohmu, yang pahit akan menjadi manis bagi dirimu, dan yang terseksa menjadi sangat bahagia bagi hatimu.

Redhakanlah perpisahan hatimu dengan perasaanmu, agar keredhaan Allah sentiasa bersama-sama denganmu. Usah terlalu melayani perasaanmu, janganlah pula bermain dengan hatimu, kelak ia akan membinasakan dirimu, malah akan melemahkan pula jiwamu.

Letakkan harapan pada seseorang itu dengan penuh kesederhanaan, selagi ia bukan menjadi kepunyaan, biarlah mencintai dia secara diam dan pendamkanlah ia dalam kehidupan, kerana bimbang seandainya dirimu terlalu meletakkan tingginya harapan, jika ia bukan jodoh ketentuan, akan wujudnya beban kesedihan dan kekecewaan.

Seandainya dirimu ikhlas mencintainya kerana Allah Ta'ala, maka utamakanlah syari'atNya mengatasi kemahuan jiwa. Biarlah pahit diawalnya, namun yakinlah akan manis diakhirnya. Kerana barangsiapa hatinya ikhlas dalam sesuatu perkara kerana Allah Ta'ala, takkan sesekali mudah gusar dan resah didalam jiwanya, kerana hatinya yakin ada hikmah setiap ketentuan Yang Maha Esa..

Ingatlah, ketentuan Allah itu akan indah bila tiba masanya, kerana itu jangan mudah kecewa dan berdukacita.. Jika sesuatu itu telah ditakdirkan menjadi milik diri dlm kehidupan, meskipun ia bebas tanpa dipegang, pasti akhirnya ia akan kembali bila telah ditentukan. Namun seandainya ia bukan suatu ketentuan, meskipun sudah dalam genggaman, pasti akan tiba saat ia akan terlepas dari genggaman.

Yakinlah janji-janji Allah Ta'ala, barangsiapa yang mengikuti syari'atNya, pasti akan bertemu bahagia, namun barangsiapa mengingkari kehendakNya, pasti akan menderita akhirnya..

Seandainya berharap agar Allah menjaga hak-hak dirimu, maka jagalah hak-hakNya sebagai Tuhanmu. Ikutilah segala ketetapanNya dan jauhilah segala laranganNya...

Muhasabahkanlah hatimu apabila wujud perasaan cinta itu, fikirkanlah adakah ia benar-benar kerana Allah Ta'ala ataupun kerana nafsu. Seandainya kerana Allah Ta'ala, ikutilah syari'atNya, namun jika dirimu tidak mengikutinya, bererti dirimu mencintainya kerana nafsu didalam jiwamu semata2.. Renung-renungkanlah.

Ingatlah hakikat, seandainya tiada jodohmu didunia, pasti Allah akan mengurniakan jodohmu di akhirat sana. Jika tiada kebahagiaan bagi dirimu didunia, pasti Allah juga akan mengurniakan kebahagiaan padamu di akhirat sana. Namun semua itu memerlukan kunci dan kuncinya adalah sabar dan syukur sentiasa seiring mengikuti segala ketetapan syari'atNya..
See More