(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Tuesday, December 13, 2011

:: Life is complcated @ complicated is life? ::

Ada orang,
perasaannya terpahat di lukisan karyanya,
Ada orang,
rahsianya dilantunkan dalam irama lagu,
Ada orang,
rahsianya tak perlu dikorek,
segalanya terpapar untuk tatapan umum.
maklumat dihujung jari heh!
Ada orang,
walau dipaksa bagaimanapun,rahsianya tetap menjadi rahsia.



Bukan semua benda boleh di'explain' melalui penulisan.
Pon tak semua boleh diexpress melalui lagu,
malah, tak semua benda boleh dikongsi.
Telinga tak lepas dari salah mendengar,
Hati tak lepas dari tersalah sangka,
Pandangan tak lepas dari salah menafsir,
senyum tak bermakna gembira,
diam tak bermakna setuju,
menangis tak bermakna sedih.

Tapi,
Sebagai manusia biasa,
kita kalah jua,
perlukan insan yang mendengar,
perlukan insan yang memujuk,
perlukan insan yang memahami,
ketika krisis melanda diri.
Bukan tujuan untuk mengada,
apatah lagi mengadu domba,
cuma  fitrah manusia,
yang adakalanya inginkan perhatian,
yang adakalanya ingin diraikan,
yang adakalanya ingin berkongsi rasa..

Complicated.
Hidup ini terlalu complicated, dan setiap orang ada cara tersendiri meraikan dirinya. Hargai insan disekeliling anda. Most important,thanks to Allah, who always give u da right person at the right time.

p/s:  Teka,apa perasaan saya masa menulis ni?

No comments: