(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Sunday, December 4, 2011

for those who need

Pendamkanlah rasa cinta itu pada seseorang agar ia menjadi indah setelah pernikahan. Yakinlah seandainya dia ditakdirkan sebagai jodoh buatmu, pasti suatu hari akan dirimu dan dirinya akan bertemu, namun jika bukan ketentuan jodohmu, meskipun sehebat manapun usahamu, pasti ia akan terlepas pergi dan berlalu.

Mungkin benar, pasti terseksanya sekali hati menahan perasaanmu, betapa pahitnya mengawal... hatimu, apatah lagi kekadang goyahnya iman didalam jiwamu, namun percayalah jika ia adalah ketentuan jodohmu, yang pahit akan menjadi manis bagi dirimu, dan yang terseksa menjadi sangat bahagia bagi hatimu.

Redhakanlah perpisahan hatimu dengan perasaanmu, agar keredhaan Allah sentiasa bersama-sama denganmu. Usah terlalu melayani perasaanmu, janganlah pula bermain dengan hatimu, kelak ia akan membinasakan dirimu, malah akan melemahkan pula jiwamu.

Letakkan harapan pada seseorang itu dengan penuh kesederhanaan, selagi ia bukan menjadi kepunyaan, biarlah mencintai dia secara diam dan pendamkanlah ia dalam kehidupan, kerana bimbang seandainya dirimu terlalu meletakkan tingginya harapan, jika ia bukan jodoh ketentuan, akan wujudnya beban kesedihan dan kekecewaan.

Seandainya dirimu ikhlas mencintainya kerana Allah Ta'ala, maka utamakanlah syari'atNya mengatasi kemahuan jiwa. Biarlah pahit diawalnya, namun yakinlah akan manis diakhirnya. Kerana barangsiapa hatinya ikhlas dalam sesuatu perkara kerana Allah Ta'ala, takkan sesekali mudah gusar dan resah didalam jiwanya, kerana hatinya yakin ada hikmah setiap ketentuan Yang Maha Esa..

Ingatlah, ketentuan Allah itu akan indah bila tiba masanya, kerana itu jangan mudah kecewa dan berdukacita.. Jika sesuatu itu telah ditakdirkan menjadi milik diri dlm kehidupan, meskipun ia bebas tanpa dipegang, pasti akhirnya ia akan kembali bila telah ditentukan. Namun seandainya ia bukan suatu ketentuan, meskipun sudah dalam genggaman, pasti akan tiba saat ia akan terlepas dari genggaman.

Yakinlah janji-janji Allah Ta'ala, barangsiapa yang mengikuti syari'atNya, pasti akan bertemu bahagia, namun barangsiapa mengingkari kehendakNya, pasti akan menderita akhirnya..

Seandainya berharap agar Allah menjaga hak-hak dirimu, maka jagalah hak-hakNya sebagai Tuhanmu. Ikutilah segala ketetapanNya dan jauhilah segala laranganNya...

Muhasabahkanlah hatimu apabila wujud perasaan cinta itu, fikirkanlah adakah ia benar-benar kerana Allah Ta'ala ataupun kerana nafsu. Seandainya kerana Allah Ta'ala, ikutilah syari'atNya, namun jika dirimu tidak mengikutinya, bererti dirimu mencintainya kerana nafsu didalam jiwamu semata2.. Renung-renungkanlah.

Ingatlah hakikat, seandainya tiada jodohmu didunia, pasti Allah akan mengurniakan jodohmu di akhirat sana. Jika tiada kebahagiaan bagi dirimu didunia, pasti Allah juga akan mengurniakan kebahagiaan padamu di akhirat sana. Namun semua itu memerlukan kunci dan kuncinya adalah sabar dan syukur sentiasa seiring mengikuti segala ketetapan syari'atNya..
See More
 

No comments: