(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Monday, December 5, 2011

Untuk yang diuji ~

Ya Allah, mereka kuat orangnya. Disaat mereka diterajang ujianMu, mereka tetap teguh, tak berganjak keyakinan terhadapMU. Tetap Kau yang meniti dibibir mereka.

Ya Allah, mereka sabar orangnya. Tiada rungutan yang keluar dari bibir mereka walau ujian itu mampu melumpuhkan insan yang tidak kuat jiwanya.

Ya Allah,mereka sungguh tabah. Tiada kerutan diwajahnya,walau dilempar ujian sehebat ini. Disaat insan disekelilingnya merasa hampir luruh jiwanya, namun dia tetap teguh meneruskan langkah.

Ya Allah, mereka redha orangnya. Tika ujian menyesakkan dada, bukan manusia yang dicari untuk melampiaskan perasaan, tetapi diriMu yang diratib.

Ya Allah, disaat insan lain tidak mampu memahami perasaannya, moga Kau sentiasa disana membelai perasaannya.

Ya Allah, tika insan memeluknya,menenangkannya, moga Kau sentiasa memeluk jiwanya agar terus kuat menjalani ujianMu.

Ya Allah, tika manusia mencari 1001 punca, mereka tetap redha, bahawa segalanya datang dariMu.

Ya Allah, mereka kecintaanMu, maka kau memberi perhatian lebih kepada mereka. Tenangkanlah mereka, tenteramkanlah mereka, berikanlah kekuatan kepada mereka.

Tiada kekuatan melainkan kekuatanMu Ya Allah.

p/s: Al-fatihah buat mereka yang kehilangan insan tercinta. Semoga ditempatkan bersama orang beriman. Dan buat sahabat sepengajianku, moga diberi kesembuhan. Buat semua yang diuji, Allah sayangkan kalian.

No comments: