(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Wednesday, October 28, 2009

korang, cbe tgk dia tu..teruk betol la......

Beberapa hari x mnulis , exam pnye pasal...konon study laa nie (^_^).. kadang2 timbul juga rasa x nak mnulis dah...biarkan ruang ni terus bersawang... boleh buat rumah sewa kat labah2 ke.. tp bile fikir2 balik...kenapa ana nak menulis? 1) mmg sebab nak jd 1 medan luahan perasaan.. ada la insan2 yg ckp, "kata perahsia, tapi bile dah banyak menulis, mesti terbongkar jugak rahsia tu".. emm yeke? ana cuma nk cakap, ape2 yg ana bagitau, 2 mmg dah bkan rahsia, dan apa yg ana share 2 adalah apa yg ana nak orang tau... ana pon insan biasa, kadang2 ana sendiri perlukan jawapan..jadi, salahkah ana berkongsi? ana yakin , x semua yang ana pernah lalui insan lain pon pnah lalui perkara yang sama...

2) sebagai 1 medan ana mengungkapkan pandangan ana terhadap satu2 perkara..kenapa? sebab ana perlukan respon..ana insan kerdil yang miskin dengan ilmu.. jadi, bila ana mengeluarkan pendapat, ana amat mengharapkan ada yg menegur @ membetulkan ana..

3) sebagai satu metod tok ana menjalankan tggjawab ana sesama muslim dan sesama insan.. antum semua pahamkan?...

ok..masuk isi sebenar..tadi 2 cuma selingan, n sbagai jawapan atas segala lontaran persoalan dari insan2 tertentu...apa yg ana nak bawakan kali ni adalah tentang baik sangka... mest pernah kan.. kita nampak org tu, pastu mula laa hati kita, 'ape laa dia nie..teruk btol..memang kawan setan betol'...x pon,.. ."weh, cube ko tgok dia 2, x malu btol pegang2 tgn dpan org ramai.."..@ " tepi la budak kcik..pngotor btol".. ni sume da macam biasa kite dgarkan..slalunye apa yg kite nampak, msti, perkara yg negatif dlu yg kita pikir pasal 2...

itu laa hakikat kita yg lemah nie.. skit2, asik nak cari salah orang..tp camne nak bsangke baik dgn orang ek?emm ni ad sikit tips daripada Syeikh AbdulKadir al-jailani..

1) Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".
2) Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..
3) Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."
4) Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."
5) Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."
6) Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

itu la sedikit perkongsian kali nie..moga2 semua mendapat manfaat....^_^

3 comments:

Zulgeologist said...

husnuzan oh husnusan...

Anonymous said...

salam..
menulis medan meluahka apa yang dirasa..
memang x semua org punyai klbhn utk mengekspresi apa yng dirasa melalui prckpn.
lalu menulislah slh satu cr..
namun, mungkn rs empeti berbeza..
teruskanlah menulis.. jgn hentikan karya anda..
satu hari nnti sape tahu...boleh buat buku ke?

~b0rN aS a SlaVe~ said...

anon:
dari bahasa anda,ana dpt agak yg anda pnya bakat yg besar...bile nk bg link blog anda plak? ^_^