(^_^)

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Wednesday, January 27, 2010

~ Calon Mahasiswa Anda ~







Buatlah pilihan terbaik. Tangan-tangan andalah yang akan menentukan pucuk pimpinan mahasiswa masa hadapan. 

Bersatu Berubah.



Calon Umum Tahun 1 Dan 2 (Layak diundi oleh tahun 1 & 2 sahaja)


CALON NO. 3 : Mohd Nazri Bin Mohd Tahir


CALON NO. 6 : Siti Zaharah Binti Ramli


CALON NO. 7 : Mohd Fariq Fitri Mohd Saleh


CALON NO.8 : Mohd Hafiz Bin Abdul Razak


CALON NO.10 : Muslimah Binti Marsi


CALON NO.11 : Muhammad Hilmi Bin Ramli


Calon Umum Tahun 3 Dan 4 (Layak diundi oleh tahun 3 & 4 sahaja)

CALON NO. 2 : Muhammad Syafiq Bin A Aziz


CALON NO.3 : Muhammad Faiz Bin Ismail

CALON NO.5 : Nabilah Binti Mohamad Maiyidin

CALON NO.6 : Alia Suzana Binti Asri

CALON NO.9 : Rabunah Binti Ahmad



Calon Fakulti


Fakulti Sains Dan Teknologi

Tahun1&2
CALON NO.4 : Aiman Zhafri Bin Amiruddin
CALON NO.5 : Muhammad Hanif Bin Mohd Razali

Tahun3&4
CALON NO.3 : Khairul Aiman Bin Sahrom
CALON NO.4 : Mohamed Hakim Bin Zulkafli



Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

CALON NO.1 : Zulhilmi Bin Zainuddin



Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina

Tahun1&2
CALON NO.2 : Muhammad Harith Bin Abdul Kadir

Tahun3&4
CALON NO.1 : Sarzliana Bt Soaidin@Johari



Fakulti Undang-undang

CALON NO.2 : Ou Yong Koh Beng



Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

Tahun1&2
CALON NO.1 : Nur Sahila Binti Sapi'e
CALON NO.5 : Nurazidah Binti Mashan

Tahun3&4
CALON NO.1 : Nur Rahmah Binti Omar



Fakulti Pengajian Islam 

Tahun3
CALON NO.1 : Nik Ahmad Shafie Bin Raja Daud



Fakulti Pendidikan

Tahun1&2
CALON NO.2 : Wan Ahmad Fahmi

Tahun3&4
CALON NO.1 : Khairul Anuar Bin Mat Lazim



Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan

Tahun1&2 
CALON NO.2 : Woon King Chai
CALON NO.4 : Muhammad Hilman Bin Idham

Tahun3
CALON NO.1 : Mohd Hariszuan Jaharudin



Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu

Tahun1&2
CALON NO.1 : Muhibbuddin Bin Rakhibi

Tahun3&4
CALON NO.2 :
 Nur Ili Binti Mohamad Tarmizi



Fakulti Pergigian

CALON NO.1 : Nur Azira Binti Zahadi



Fakulti Farmasi

CALON NO.1 : Mariah binti Zakaria



Fakulti Perubatan

Tahun1&2
CALON NO.1 : Nasiha Binti Omar






~ stay in unity and Islam will win~

Monday, January 25, 2010

Nyamuk oh Nyamuk

 


Bismillahirrahmanirrahim.... Lama x meluah, bukan tiada yang nak dikongsi, cuma masa mencemburui..Bukan sibuk, tapi saya yang menyibukkan diri hehe Secara jujurnye, sem ni, sangat2, memenatkan, fizikal dan mental. Tapi, jujurnya juga, setiap apa yang saya lalu, saya akan mendapat sesuatu yang sangat berharga. Bukan emas, perak,@ kaca permata hehe  namun ada yang lebih bernilai dari itu semua, pengalaman dan pelajaran a.k.a ilmu. Saya x terbuka hati mengulas tentang seminar Dinar Emas 10 (SEDINAR'10) yang saya menarik untuk dikongsi  ataupun PRK yang sedang hangat di perkatakan sekarang. Biasalah, sayakan suka lari tajuk.. Bagi peluang orang lain yang cakap sal tu..(^_^)v..

Saya cuma nak ceritakan pasal nyamuk. Ya nyamuk. nape?ada masalah ke? Cuma nak share pengalaman saya dengan nyamuk. Satu malam tu, dalam minggu lepas, saya tak pasti hari apa, saya sangat kepenatan, jadi , tido laa..ape lagi.. Sebelum tidur, saya pesan kat roomate mintak kejut saya sebelum dia tidur. Sebab saya taw dia selalu tido lewat. Kunci alarm, n pesan tu, cuma method, ikhtiar. Yang perkenan kn hanyalah Allah. Sebelum tido tu, saya pon doa lah, moga pukul 3@ 4 pagi, saya akan bangun. Dan pe lagi, tidoo laaa.....

Tengah syok tido, berdesing kat tlinga...nyiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiitttttttttttttttttttttt... ,apa tu? Nyamuk!.. ye nyamuk  main terbang2 kat telinga.. dah tu, rasa macam kena serangan nyamuk ..gatal..macam satu badan kena gigit nyamuk.. Biasalah, kalo dah tido tu, malas beno nak bangun. Tapi, disebabkan serangan bertubi-tubi. Terus bangun. Tak tahan, rasa nak lempang je nyamuk tu. Ambik nset, n tengok jam, 3.15 pagi... pandang sebelah, roomate dah tido. Disebabkan serangan tu, tak jadi laa nak tido dah..

Pagi esok tu, tiba-tiba terfikir.. Kenapa saya nak marah kat nyamuk tu?Kalau anda berada ditempat saya, adakah anda akan marah dengan nyamuk tu? mungkin ada yang jawab ya, tapi saya mohon teliti kembali apa yang saya pohon sebelum saya tidur.. Saya mohon agar Allah bangunkan saya jam 3@ 4 pagi. Jadi?? apa kaitannya? Kaitannya,  jap2, sebelum tu, saya nak beritahu, saya percaya, tiada istilah 'kebetulan' dalam kehidupan. Saya percaya, Allah Yang Maha Kuasa, telah pun mengatur segala-galanya, dari yang kecik,(   mungkin anak kuman kecik) hinggalah yang sebesar-besar alam ( galaksi?? alam la tu kn)..Jadi, agak-agak, dah nampak ke apa yang saya nak britau??

Cam blur lagi?? ok la, let me explain. Allah sering kurniakan kita, sesuatu yang kita perlukan, walau pada mulanya, kita nampak ia sebagai satu penyiksaan @ penderaan kepada kita, maaf, kepada yang tidak memikirkan hikmah disebaliknya. Mungkin betul, sapa yang syok nyamuk main2 kat teliga, tapi saya dah berdoa nak bangun dan mohon Allah bangunkan saya. Saya tak sedar dengan bunyi alarm yang menjerit kat telinga saya, @ roomate saya yang t'tidur sebelum mengejut saya bangun. Tapi saya hanya tersedar dari lena, dengan bunyi dan amukan si makhluk halus Allah itu opss jgn salah paham, nyamuk kan halus.. hehe
Jadinya, kat sini saya nampak peranan nyamuk yang kecik tu, untuk membangunkan saya, Ya nyamuk tu menjadi asbab untuk saya bangun, sekaligus, menjadi satu alat Allah dalam mengabulkan doa saya tadi. Jadi kenapa perlu untuk saya marahkan nyamuk tadi???

Ingatlah, Allah selalunya akan menghadiahkan kita apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan. Kerana Allah MAha Tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan apabila terjadi sesuatu kepada kita, jangan terus meninggalkan ia sebagai sesuatu yang terjawab, tetapi, carilah kemanisan disebalik apa yang berlaku.

P/s: jgn bencikan nyamuk. tapi kalo terpukul 2, xpe, sbab bley memudaratkan..hehe


~Proud To Be Muslimah~

Thursday, January 21, 2010

Dun juz simply, let it go!!




Selalunya, orang akan suka sesuatu yang diberi percuma. Jadi kenapa nak lepaskan peluang ni?? Tiada charge tersembunyi. Jangan time ada konsert je, dectar bergegar,Sekarang kita gegarkan pula dectar dengan program ilmiah. InsyAllah ad manfaat nya.. Yang bukan warga UKM pun dijemput sama.. Jom kita gegarkan Dectar!!





~ stay in unity and Islam will win~

Tuesday, January 19, 2010

Bersediakah kita??


 Mahasiswa. Satu golongan yang dulu amat dihormati dan disanjungi. Merekalah cream of society, golongan beruntung,golongan terpilih,golongan harapan,golongan berpotensi ,cendekiawan dan golongan sasaran masa depan.Namun, marcapada hari ini menunjukkan bagaimana hilangnya rasa hormat masyarakat terhadap mahasiswa. Golongan yang dahulunya,suaranya didengar, ayunan langkahnya digeruni, kini dipandang sepi, penuh benci. Mengapa ini terjadi? Bila mana ada diantara golongan ini, tersasar jalannya, terpesong niatnya kerna tertawan indahnya dunia.

Memetik kata-kata Mujahid Fathi Yakan,

"Matlamat utama persiapan mahasiswa Islam pada hari ini adalah untuk melaksanakan matlamat agar tercapainya Qawamah (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Tenaga pemuda diperlukan untuk memindahkan pimpinan dan semua umat dari tangan jahiliyah ke tangan Islam. Dan juga pemikiran perundangan dan akhlak jahiliyah kepada Islam "




Sedarkah kita,umat Islam hari ini telah dimalukan oleh dunia dalam 3 peristiwa besar. Yang pertama, ketika jatuhnya empayar Khilafah Uthmaniyah pada 69 tahun yang lepas. yang kedua, ketika bumi Palestin diperkosa Israel laknatullah, dan ketiga, ketika Gaza diserang bertubi-tubi pada 2008. Ketika itu, teruk umat Islam dimalukan kerana kita tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Dan yang terbaru, ketika kerajaan Mesir membina tembok di sempadan Mesir-Palestin. Tidakkah kita sedar, musuh-musuh Islam terguling-guling mentertawakan kelemahan kita? Sedang kita, masih lena dibuai 'indahnya' dunia yang juga telah di hamparkan oleh mereka. Ayuh saudaraku,bangkitlah! Tanamkan didalam jiwa kita, bahawa kita adalah pewaris kekuasaan dunia. Ingatlah, suatu ketika dahulu, kita telah berjaya menaungi 1/3 dunia. Ayuh kembalikan kegemilangan Islam!!

Saudaraku, sedarkah kita, bahawa mahasiswa hari ini menjalani hidup penuh krisis. Krisis aqidah, krisis ibadah,krisis akhlak krisis pemikiran dan krisis kecemerlangan. Mungkin ramai yang menyedari tentang krisis kecemerlangan.Sejak berada di sekolah rendah, kita telah diajar, tujuan kita ke sekolah hanya untuk mencipta kecemerlangan. Namun kecemerlangan yang serig di fikirkan oleh seseorang yang bergelar pelajar hanyalah kecemerlangan dalam akademik.Sedangkan kecemerlangan sahsiah, akhlak, aqidah,dan ibadah dipandang sepi. No value.

Kita hayati pula kata-kata Assyahid Imam Hassan Al-Banna tentang persiapan asas seorang mahasiswa

1) keimanan yang teguh
2) Pemikiran yang berilmu
3) Ibadah yang sahih
4) Akhlak yang ampuh
5) Jasmani yang sihat
 6) Pengurusan masa yang cekap
 7) Pengurusan yang sistematik
 8) Mampu bekerja dan berusaha
 9) Mujahadah diri
10) Bermanfaat kepada manusia

Dalam menggapai semua ciri-ciri yang digariskan, kita amat memerlukan sesuatu yang mengejutkan kita tika terlena, mengingatkan kita tika terlupa, dan menasihati kita tika memerlukan.Penyelesiannya hanya satu, DAKWAH. Dakwah dikampus perlulah bersifat terbuka namun masih berorientasikan rekruitmen dakwah itu sendiri agar masyarakat mudah untuk menerima. Dan golongan yang paling sesuai untuk dakwah masyarakat kampus adalah, mahasiswa itu sendiri.

Nahnu minhum, wa ma'ahum, wa a'laihum
kami berasal dari mereka, bersama mereka, dan akan kembali kepada mereka (masyarakat)

Namun, sebelum itu, seorang daie perlulah mempersiapkan dirinya dahulu dengan beberapa persiapan, iaitu :

1) Ilmu

" katakanlah (Muhammad) "inilah jalanku,aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik."
- Yusuf 108

2) Realisasi dakwah dalam kehidupan

"sesungguhnya solatku,ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu baginya dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku, dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerah diri (muslim)" -Al-an'am 162-163

3) Ikhlas - hanya mengharap redha Allah semata

4) Sabar dengan ujian

5) Hiasi diri dengan akhlak maknawiyah

6) miliki Himmah ( semangat) yang tinggi

Jadi, sama-samalah kita mempersiapkan diri dalam membentuk sebuah masyarakat yan menjadikan Islam sebagai cara hidup yang sebenar.

~ stay in unity and Islam will win~

Thursday, January 14, 2010

Hati-hati dengan sejadah!!

Pada post saya sebelum ini, saya pernah mengungkapkan rasa teruja saya untuk menyelongkar jarum-jarum halus yahudi yang semakin menikam umat Islam pada hari ini. Bukanlah saya tumpang berasa seronok untuk mereka, tetapi, saya berasa perlu untuk saya berkongsi apa yang saya temui kerana kebanyakan kita tidak menyedari betapa liciknya, dan betapa halusnya cara mereka dalam cubaan memesong akidah kita hinggakan tanpa kita sedari, kita telah pun mengikut telunjuk mereka..

Dalam pengembaraan ini, saya telah menemui sesuatu yang amat mengejutkan saya, dan mungkin akan mengejutkan anda semua. Ianya berkaitan dengan ibadah kita kepada Allah. Tempat kita berteleku, tempat kita sujud,tempat alas kita ketika mengadu kepada Allah.Ya segalanya berkisar tentang Sejadah.

Setelah pakar-pakar mengkaji, penemuan yang amat mengejutkan, hampir keseluruhan sejadah yang berada dipasaran mempunyai unsur-unsur Masonic. Jom selongkar.

 Sekarang, tengok gambar ni betul-betul.





Berdasarkan dari gambar Master Carpet Freemason di atas, kita boleh ambil ciri-cirinya iaitu:

1. Lantai petak (Checkered Floor)

2. Bintang dan Bulan

3. 2 tiang yang juga dikenali sebagai Joachim dan Boaz





Perhatikan sejadah di atas, ia juga mempunyai 3 ciri yang saya nyatakan iaitu bintang dan bulan, lantai berpetak (checkered floor) dan 2 tiang.



GAOTU (Great Architect Of The Universe), All Seeing Eye dan tiang Joachim Boaz





Jika kita perhatikan sejadah di atas secara betul-betul dan teliti kita akan perasan 2 tiang iaitu tiang Joachim dan Boaz, All Seeing Eye dan GAOTU yang tergantung di antara 2 tiang. All Seeing eye anda boleh jumpa di tengah antara 2 tiang. Cuba anda bandingkan sejadah di atas dengan gambar di lodge Freemason di bawah.




Perhatikan GAOTU yang tergantung di logde Freemason di atas. Ada persamaan dengan gambar yang tergantung di sejadah di atas. Dan jika anda zoom kan gambar di logde Freemason tersebut, anda akan jumpa lambang bulan dan bintang di sisi jangka lukis. Ini membuktikan bahawa Masons menggunakan lambang ini sebagai salah satu lambang mereka dan lambang ini bukanlah lambang agama Islam yang suci ini.

Di sini saya tolong zoom kan gambar-gambar tersebut. Perhatikan lambang Bulan dan Bintang yang jelas kelihatan di sisi jangka lukis dan bandingkan GAOTU yang tergantung di sejadah dan di lodge.








Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Islam).
Al-Baqarah 109


Inilah perancangan jahat Yahudi dan Nasrani yang ramai antara kita tidak perasan dan sedar. Walaupun dengan perkara sekecil ini, mereka tetap menjalankan rancangan jahat mereka. Diharap kita semua lebih berhati-hati dan peka selepas ini dalam kehidupan seharian..Ingat, mereka tidak akan berhenti, sehingga kita secara keseluruhannya, mengikut mereka.

 ~ stay in unity, and Islam will win~

Monday, January 11, 2010

Harga sekuntum cinta ??

Tajuk kat atas x de kaitan pun dengan apa yg nak disampaikan.Hayatilah kisah di bawah. Semoga kisah ini mnjadi teladan. Jika kita merasa "terpukul" dgn kisah ini, jgn gusar...Jadikanlah Tahun 2010 ini sbg
permulaan utk kita berubah ke arah yg lbih baik. Insya'Allah. ..

"Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita
buat hantaran" pekik Jamilah kepada Nabil..

"Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan.. Mana satu kita nak beli nih" balas
Nabil

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran.. Tinggal satu
lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

"Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab" keluh Jamilah.

" Ala , awak bukan reti pun bahasa arab" jawab Nabil. Tergelak Jamilah.
Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil.. Prihatin..

"Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat" tegur pakcik berbaju
putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam
lingkungan 40-an..

"Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran Maklumlah, nak bina masjid" sengih
Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ....

"Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?" pakcik menyoal sambil tersenyum.

"Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik" teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah
sudah di sebelah rak yang lain.

"Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran.
Itu bukan kitab hiasan, dik" tegur pakcik berhemah..

"Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la"
tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

"Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi" cadang
pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

" Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi" senyum Jamilah
mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

"Jangan lupa baca ya" pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan
tersebut.

"Sibuk je la pakcik tu" Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin `terpukul' dengan kata-kata seorang pakcik
yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek.. Hari nan indah. Terlalu
indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah
tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

"Assalamualaikum semua" ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta...
Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga
berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya
putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

"Inikah pengantin hari ini?" tegur selamba Ustaz Saad

"Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz.." jawab Nabil mengigil. Jamilah
juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan
lalu.

"Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat
mengambil manfaat dari bacaan pengantin" cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang
ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh
ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya
Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

"Ss.. su.. surah apa ustaz?" Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat
dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya
berlaku.

"Oh, ayat yang mudah ja.. Baca 3 ayat Surah ArRa'd" kata ustaz Saad sambil
menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah
nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

"Apa benda nih " detik hati Nabil.

" Bismillahirrahmaani rrahim...ALL..MAA.. . RIII..!! " berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah
menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang
menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya.. Jamilah entah
ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

"Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya
seperti begini : A'uzubillahiminnassya itaanirrajim.. Bismillahirrahmanir
rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. " kedengar suara gemersik Ustaz Sa 'ad.
Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

"Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya
hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan
seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di
tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim" tazkirah
sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa 'ad.


"Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak
mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama,
kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari
kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai
kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri.
Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya,
menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya
seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.." penutup Ustaz
Sa 'ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran
pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama.
Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa'ad tiba. Jamilah
senyum disisi suaminya, Nabil.

read dis..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun... Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah
Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

p/s : Sebelum kita melabuhkan cinta kita kepada manusia, labuhkan dahulu cinta kita kepada Pencipta cinta itu sendiri..Moga kita semua beroleh redhaNya. InsyaAllah...

~ stay in unity and Islam will win ~

Saturday, January 9, 2010

:: My Love ::

Bismillah..

Psstt sekarang saya nak bercerita tentang kekasih saya..Boleh kan?? Bila saya berjalan-jalan kat blog orang lain, ramai yang bercerita tentang kekasih masing-masing. Jadi saya pun nak perkenalkan kekasih saya..(^_^)v . Jom-jom kenal kekasih saya nie....

Nama kekasih saya ,........... jeng jeng...eh2 nanti dulu....x suprise laa kalau beritahu awal-awal..hehe.. Emm biar saya terangkan ciri-ciri kekasih saya ni dulu yea.. Kalau nak tau, kekasih saya sangat- sangat pemurah..Apa yang saya mintak, jarang sangat dia tak tunaikan. Kadang-kadang, saya mintak, terus dapat. Dan kadang-kadang jugak, apa yang saya mintak lambat sikit dia nak tunaikan. Tapi dia tak pernah kecewakan saya. Tapi, kadang-kadang tu, langsung dia tak tunaikan..Apa yang saya mintak, lain pula yang diberi. Tapi akhirnya saya faham apa yang dia buat adalah semata-mata dia sayangkan saya. Eii tharunya.. Bertuah tak saya?? Selalu saya lupa nak ucapkan terima kasih bila dia beri macam-macam kat saya, tapi dia langsung x marah, dan tetap terus beri saya macam-macam ..

Bila saya letih dan kecewa , dia sentiasa ada disisi saya. Tak kira masa. Pagi, petang, siang malam.. Dia sentiasa ada masa untuk saya. Dialah yang selalu mengesat air mata saya yang tumpah dan selalu beri saya semangat  kepada saya untuk meneruskan perjuangan. Dia memotivasi saya, bukan sekadar nasihat, namun sentiasa dia minta insan-insan tertentu untuk melakonkan sesuatu peristiwa secara live, semata-mata untuk saya mendapatkan jawapan @ mendapat kembali kekuatan.Haa, romantik tak kekasih saya?.Pentas lakonan mereka bukan hanya di Malaysia, tapi seluruh dunia.Kadang-kadang, kekasih saya mengarah lakonan diangkasa...ISS? yea kat situ pun kekasih saya pernah buat pementasan.Siap Dr syeikh Muszaphar Shukor lagi yang menjadi pelakonnya. Hebat x kekasih saya?




opss ni bukan kami, ni sebahagian dari pementasan lakonan arahan kekasih saya yea..

Selain romantik ,penyayang, tidak kedekut dan sebagainya , kekasih saya ni jugak sangat-sangat lah penyabar. Saya berani cakap, tiada yang lebih penyabar berbanding kekasih saya. X caya? emm ok2, kalau anda terlambat datang untuk date, mesti at least kene bebel ngan aweks@ pakwes anda kan?? Tapi my love x pernah marah saya pun. Bukan sekali, tapi berkali-kali saya terlambat. Dan pernah my love tunggu, tunggu dan tunggu.. tapi saya langsung tak datang. Dia marah ke?? langsung tak. siap lepas tu dia boleh je nak jumpa saya lagi.. X serik kene tunggu pun. Aweks @ pakwe anda camtu ke?? haha padan muka.. Kekasih korang memang tak best..

Bila saya rindu sangat-sangat kat my love ni, saya tak pernah kecewa. Sebab my love dah sediakan surat cinta yang sangatttt-sanggggggggggaaaaaaaaaattt berguna untuk saya. Dan saya tahu, saya berkongsi surat cinta tu dengan ramai lagi orang. Tapi tak pe, sharing is caring kan?? (^_^)v Saya tahu kekasih saya pemurah, so biar la saya belajar dengannya tok jadi pemurah jugak. Bila saya baca surat cinta kekasih saya ni, rasa terbang segala persoalan dan masalah yang hinggap di minda saya. Kekasih saya ni, amatlah memahami.. Apa yang saya nak, semua dah ditulis dalam surat cinta tu..perghh loving sungguh !! ada ke kekasih anda yang rajin sangat nak bagi surat cinta sepanjang masa?? silap2, dapat surat tambah cawangan..

Lagi satu kan , kekasih saya ni, x pernah marah pun kalau saya terlupakan dia.. Selalu sangat saya lupa.. kadang -kadang, bila saya berkumpul dengan kawan-kawan, dok ber huha huha, saya langsung tak ingat kat dia.. Tapi dia x pernah marah saya, dan saya tahu dia sentiasa memerhatikan saya. waaa rasa macam disayangi sangat!!...Saya tak pernah keseorangan. Bila-bila masa jea saya boleh dating dengan nya. tengah malam pun tak pe, xde yang nak tangkap basah kami.. Mak abah pun merestui cinta kami..

Saya memang nak bersamanya sampai kesyurga...Ya syurga... InsyaAllah.. Jangan kacau cinta kami.. Biarkan saya dengan cinta saya. Tapi andai ada yang nak berkongsi kasih dengan kekasih saya ni, saya rela. Sebab saya tahu, walau seramai mana pun yang berkongsi kasih dengan saya, dia masih akan berlaku adil dengan saya. Tak ada hak saya yang akan kurang @ hilang pun... Jadi, anda masih nak teruskan dengan kekasih sementara anda @ nak bermadu dengan saya?? x ada borang yang anda perlu isi. cuma mulakan dengan lafaz Asyhadu an Lailahailallah wa asyhadu anna Muhammad Rasulullah... Dan sebenarnya, memang kekasih saya dah lama memerhatikan anda, dan jangan lepskan peluang ni untuk bercinta dengan kekasih saya ni.. Tiada yang anda akan rugi.. X percaya cubalah!! ada beran???

Emm jadi akhirnya saya kena la jugak pekenalkan cinta hati intan payung saya ni...Cinta saya yang dah lama sangat saya kenal, sebelum saya kenal ibubapa saya lagi.. Dan saya harapkan cinta kami will remain forever..
Moga kami dapat brtemu di Syurga nanti.. ~Allah kekasih & cintaku ~

~stay in unity and Islam will win ~

Thursday, January 7, 2010

Siapa mereka?

Suatu hari, sedang saya berbual , seorang sahabat bertanya kepada saya berkenaan Freemason, Yahudi dan Nazi. Saya tiba-tiba tersentak. Benar saya tahu, namun sejauh mana pengetahuan saya? Sejak itu, saya mula menyelongkar kembali buku-buku berkaitan yang pernah saya tolak ketepi suatu masa dahulu. Satu saat dahulu, saya langsung buta tentang kewajaran untuk saya mengambil tahu tentang itu. Minat bermula bila saya mula berdiskusi dengan kakak saya dan kehadiran abang saya yang bersusah payah mendapatkan semua siri video The Arrival dan memujuk saya untuk menontonnya. Ternyata, ianya sangat menarik untuk dikaji. Jadi untuk ini, izinkan saya menerangkan sedikit tentang kaitan 3 perkara tadi.




Nazi - Pasukan tentera Jerman yang diketuai Adolf Hitler. Semasa memimpin, Hitler amat bencikan bangsa Yahudi yang disifatkan sebagai punca kekalahan Jerman  semasa perang dunia pertama. Hitler juga menuduh Yahudi bersetongkol dengan komunis dalam konspirasi menguasai dunia. Dendam dan amarah Hitler dapat dilihat pada peristiwa Holocaust, iaitu pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi @ juga digelar pembersihan kaum.Dianggarkan seramai 6 juta bangsa Yahudi yang terkorban. Tarikh 27/1 dipilih sebagai hari mengenag peristiwa tersebut.




Yahudi- Agama yang dibawa Nabi Isa kepada bani Israel yang menganggap bangsa mereka suci namun tidak beriman dengan ajaran Allah. Sejak peristiwa Holocaust, bangsa Yahudi mula menagih simpati dunia. Melalui peristiwa ini juga, Israel berjaya menempatkan diri di Palestin,atas dasar simpati dunia. Peristiwa Holocaust sering dieksploitasi Amerika dan Israel untuk menghalang sebarang kritikan terhadap Israel, yang kini menyebabkan mereka bebas melakukan apa saja, tanpa ada yang mempersoal.



Freemason - adalah organisasi Yahudi Internasional, sekaligus merupakan gerakan rahasia paling besar dan palling berpengaruh di seluruh dunia. Freemason terdiri dari dua perkataan yang di satukan. Free bermaksud bebas atau merdeka, dan Mason adalah juru bangun atau pembangun.


Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali Haikal Sulaiman atau Solomon Temple. Mereka yakin dan percaya, pada tahun 1012 Sebelum Masihi (SM), Nabi Sulaiman membina Haikal di atas Gunung Soraya di wilayah Palestin. Tapi pada tahun 586 SM, Raja Nebukhadnezar  Al-Qildani dari Babilon menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Dan pada tahun 533 SM, bangunan ini dibina kembali oleh seorang bernama Zulbabil yang telah bebas dari tawanan Babilon. Atas pembebasannya itulah, dia membangunkan kembali Haikal Sulaiman dan memagarnya.Tahun 70M,Penthus Penguasa Romawi menghancurkan Palestin dan membakar Haikal Sulaiman. Tahun 139M Imeriyum Hadriyan membinasakan Haikal sisanya demi Tuhan Yuiter. Pada abad ketujuh bangsa Arab telah menyingkirkan Haikal Yupter dan menggantikannya dengan Masjidil Aqsa.- Muhammad Fahim Amin, Rahsia Gerakan Freemansory & Kelab Rotary

Jadi jelaslah bahawa, Israel sejak dahulu berniat untuk menguasai Haikal Sulaiman aka Masjidil Aqsa!! Dan mereka sanggup melakukan apa sahaja dalam mencapai matlamat mereka termasuklah membunuh.

Mengapa saya katakan menarik untuk kita bongkarkan rahsia gerakan ini? Tidak lain dan tidak bukan, kerana ianya amat berkaitan dengan kehidupan seharian kita.Ya kita!! Mereka sekian lama begerak disisi kita, tanpa kita sedari. Sedikit perkongsian, antara Lodge-lodge Freemason yang aktif di Asia Tenggara, boleh klik pada link.

Sekian dulu perkongsian kali ini. Moga yang tidak mengetahui, mendapat sedikit gambaran tentang apa yang bakal saya bawakan selepas ini.

~stay in unity and Islam will win ~

Tuesday, January 5, 2010

kosong????




Saat ini kurasakan otakku makin tepu.
Fikiranku terasa kosong.
Andai ada yang ingin kufikirkan,
hanyalah persoalan,
garuda apa yang melanda fikiranku.

Akalku saat ini umpama sebuah pulau
yang dihempas ganasnya ombak tsunami.
Kosong.......
Tiada yang tinggal tok ku fikirkan.
Puncanya???
ku cuba fikirkan....
cuba...

cuba lagi............

..
...
.....
.........
................
......................

dan lagi.....



Masih kosong...


Anda ada jawapannya??
sudilah kiranya pinjamkan sedikit pengetahuan buatku agar akalku kembali terisi ^_^

p/s: ni seyes x tipoo.. pliz help me 2 get 'me' back.....huhu

Monday, January 4, 2010

:: Jalanku pulang ::





Tundukku malu didepanMu
Kernaku insan berdosa
Kuadukan sesalanku apakah kan Kau terima
Kesunyian ini sedarkan diriku yang lena

Tinggalkan semalam yang nanah
Lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu,
Terpaut aku tak berpaling

Bersyukur hanya padaMu tuhan kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepas dahaga

Suburkan cahaya menerangi langkahku
Semaikan segala hiasan indah cintaMu
Ku mohon kau tenangkan resah hatiku yang rawan

Bimbang Kau singkirkan taubatku
Kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
Kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
Sehingga masanya kau seru hujung nyawaku
Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu

p/s : lpas dgar n hayati lirik ni, ad x rasa bgetar @ rasa nak nangis?  nothing..juz askin...sama2 koreksi diri...(^_^)v







Friday, January 1, 2010

Ada apa dengan tahun baru?

Saat ini, saya keliru dengan diri sendiri. Saya seolah-olah gagal mengawal diri , dikuasai perasaan.Namun tidak difahami, apa yang melanda saat ini. Fikiran saya melayang tanpa saya sendiri tahu apa yang dicari atau apa yang sedang saya fikirkan bagai hilang pedoman. Terasa kehilangan.......




Pukul 12 nanti, berubahlah kalender baru dalam hidup kita. 2010 menjengah meninggalkan 2009 yang telah kita lalui dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Mengikut kalender masihi, lagi 2 bulan saya berusia 2 dekad. Namun mengikut kalender hijrah, saya sudah pun berusia 2 dekad. Bukan usia yang ingin saya tekankan, namun satu persoalan yang sering timbul dibenak saya. Berapa lama lagi saya akan menetap diatas planet bernama bumi ini? Adakah sempat untuk saya memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu? Atau adakah kesempatan untuk saya meneruskan perjuangan menuntut ilmu di perbukitan ilmu ukm ini hingga mengenggam segulung ijazah? Atau, masih adakah ruang untuk saya bernafas esok hari?

Sering pula saya terfikirkan, andai saya pergi dahulu, adakah ibubapa saya redha dengan saya? Redha Allah terletak pada redha ibubapa.. Berapa kali saya membanggakan ibubapa, dan berapa kali pula saya mengecewakan mereka? Berapa kali hati merea telah saya sakiti? Saya bukanlah yang terbaik, namun saya cuba unuk memberi yang terbaik. Mungkin tiada luahan kekecewaan dari mereka, namun hati mereka hanya Allah yang tahu. Namun aku bersyukur, Ya Allah, kerna kau telah meminjamkan aku pasangan suami isteri yang tabah membesarkan 9 zuriat mereka. Tidak pernah ku dengar kata-kata putus asa yang keluar dari mulut mereka, tiada pula keluhan keletihan yang di lontarkan. Walau penat, mereka masih manis dengan senyuman di bibir yang mana sering mengucupku sejak kecil hingga kini..

20 tahun berkelana di muka bumi, membuat kan ku semakin matang melalui mehnah kehidupan. Kehadiran sahabat-sahabat mewarnai perjalanan dan perjuangan. Tika ku rasa keseorangan, kau hadirkan sahabat-sahabat yang tegar bersamaku walau badai melanda. Bersama-samalah kami melayari bahtera perjuangan walau hujung perjuangan itu masih terasa jauh untuk kami gapai. Namun itu bukanlah faktor untuk kami membiarkan bahtera kami karam.Ya Allah, kau perteguhkanlah ikatan hati-hati kami dalam menggapai redhamu.Izinkan kami untuk bernaung dibawah rahmat kasih sayangmu.Sahabat, tiada kata yang dapat  kuluahkan perasaan syukurku dikurniakan sahabat seperti antum semua yang sabar melayani diriku yang kadang-kadang diriku sendiri pun gagal memahaminya. Terima kasih tok segalanya..

Namun, persoalan masih tidak dapat saya rungkaikan. Masihkah ada esok? Separuh hati saya, amat merindui tok kembali kepada Tuhanku.  Diri ini rindu tok kembali, kerna takut untuk terus mengorak melangkah, takut andai semakin lama berkelana, makin jauh diri ini dari fitrah sebenar kejadianku. Bimbang diri ini mengundang kemurkaanmu..Ya Allah, pemilik hatiku, janganlah kau palingkan hatiku, setelah kau beri hidayah kepadaku.. separuh lagi hatiku, amat khuatir tok kembali , kerna bimbang tiada bekal yang ku bawa untuk bertemu denganmu.. Adakah telah kulalui hidupku semata-mata untukmu? Adakah telah kulaksanakan segala amanah yang telah kau letakkan dibahuku? Ya Allah, segala persoalan ini, hanya kau yang punya jawapannya...

Siapa saya diatas muka bumi ini? Allah tak perlukan saya, tapi sayalah yang perlukan Allah. Bukan hanya saat ini, bukan hanya hari ini,bukan hanya tahun ini, namun sepanjang saya menjadi milik Allah. Jadi bila akan saya dimiliki selain Allah? Fikir-fikirkanlah...

Jadi apa sebenarnya tahun baru? Tahun baru bermaksud, semakin bertambah umur kita, semakin kurang waktu tok kita beribadah kepada Allah, dan semakin dekat kita dengan kematian..Tapi pelik.. Kenapa ramai yang seronok,terkinja-kinja, melalak, berpesta, dan macam-macam lagi, dalam menjalani perjalanan kearah kematian ni? Mungkin mereka dah pasti syurga akan jadi milik mereka.

Ya Allah, aku malu tok mengungkapkan rindu padamu, sedang diwaktu lain aku sering lupa padamu. Aku malu mengaku beriman padamu, sedang aku sering melanggar perintahmu.Aku malu ya Allah..Aku malu mengadu kepadamu, sedang diwaktu gembira aku melupakanmu.Ampuni ku ya Allah.Aku hambamu yang lemah, yang sering menzalimi diri sendiri. Kau terangilah jalanku menujuMu ya Allah. kau redhailah kehidupanku. Janganlah kau palingkan hati kami setelah kau beri hidayah kepada kami. Ampuni kami ya Allah. Masukkanlah kami bersama hamba-hambamu yang beriman.Amiin..