Psstt sekarang saya nak bercerita tentang kekasih saya..Boleh kan?? Bila saya berjalan-jalan kat blog orang lain, ramai yang bercerita tentang kekasih masing-masing. Jadi saya pun nak perkenalkan kekasih saya..(^_^)v . Jom-jom kenal kekasih saya nie....
Nama kekasih saya ,........... jeng jeng...eh2 nanti dulu....x suprise laa kalau beritahu awal-awal..hehe.. Emm biar saya terangkan ciri-ciri kekasih saya ni dulu yea.. Kalau nak tau, kekasih saya sangat- sangat pemurah..Apa yang saya mintak, jarang sangat dia tak tunaikan. Kadang-kadang, saya mintak, terus dapat. Dan kadang-kadang jugak, apa yang saya mintak lambat sikit dia nak tunaikan. Tapi dia tak pernah kecewakan saya. Tapi, kadang-kadang tu, langsung dia tak tunaikan..Apa yang saya mintak, lain pula yang diberi. Tapi akhirnya saya faham apa yang dia buat adalah semata-mata dia sayangkan saya. Eii tharunya.. Bertuah tak saya?? Selalu saya lupa nak ucapkan terima kasih bila dia beri macam-macam kat saya, tapi dia langsung x marah, dan tetap terus beri saya macam-macam ..
Bila saya letih dan kecewa , dia sentiasa ada disisi saya. Tak kira masa. Pagi, petang, siang malam.. Dia sentiasa ada masa untuk saya. Dialah yang selalu mengesat air mata saya yang tumpah dan selalu beri saya semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan. Dia memotivasi saya, bukan sekadar nasihat, namun sentiasa dia minta insan-insan tertentu untuk melakonkan sesuatu peristiwa secara live, semata-mata untuk saya mendapatkan jawapan @ mendapat kembali kekuatan.Haa, romantik tak kekasih saya?.Pentas lakonan mereka bukan hanya di Malaysia, tapi seluruh dunia.Kadang-kadang, kekasih saya mengarah lakonan diangkasa...ISS? yea kat situ pun kekasih saya pernah buat pementasan.Siap Dr syeikh Muszaphar Shukor lagi yang menjadi pelakonnya. Hebat x kekasih saya?
opss ni bukan kami, ni sebahagian dari pementasan lakonan arahan kekasih saya yea..
Selain romantik ,penyayang, tidak kedekut dan sebagainya , kekasih saya ni jugak sangat-sangat lah penyabar. Saya berani cakap, tiada yang lebih penyabar berbanding kekasih saya. X caya? emm ok2, kalau anda terlambat datang untuk date, mesti at least kene bebel ngan aweks@ pakwes anda kan?? Tapi my love x pernah marah saya pun. Bukan sekali, tapi berkali-kali saya terlambat. Dan pernah my love tunggu, tunggu dan tunggu.. tapi saya langsung tak datang. Dia marah ke?? langsung tak. siap lepas tu dia boleh je nak jumpa saya lagi.. X serik kene tunggu pun. Aweks @ pakwe anda camtu ke?? haha padan muka.. Kekasih korang memang tak best..
Bila saya rindu sangat-sangat kat my love ni, saya tak pernah kecewa. Sebab my love dah sediakan surat cinta yang sangatttt-sanggggggggggaaaaaaaaaattt berguna untuk saya. Dan saya tahu, saya berkongsi surat cinta tu dengan ramai lagi orang. Tapi tak pe, sharing is caring kan?? (^_^)v Saya tahu kekasih saya pemurah, so biar la saya belajar dengannya tok jadi pemurah jugak. Bila saya baca surat cinta kekasih saya ni, rasa terbang segala persoalan dan masalah yang hinggap di minda saya. Kekasih saya ni, amatlah memahami.. Apa yang saya nak, semua dah ditulis dalam surat cinta tu..perghh loving sungguh !! ada ke kekasih anda yang rajin sangat nak bagi surat cinta sepanjang masa?? silap2, dapat surat tambah cawangan..
Lagi satu kan , kekasih saya ni, x pernah marah pun kalau saya terlupakan dia.. Selalu sangat saya lupa.. kadang -kadang, bila saya berkumpul dengan kawan-kawan, dok ber huha huha, saya langsung tak ingat kat dia.. Tapi dia x pernah marah saya, dan saya tahu dia sentiasa memerhatikan saya. waaa rasa macam disayangi sangat!!...Saya tak pernah keseorangan. Bila-bila masa jea saya boleh dating dengan nya. tengah malam pun tak pe, xde yang nak tangkap basah kami.. Mak abah pun merestui cinta kami..
Saya memang nak bersamanya sampai kesyurga...Ya syurga... InsyaAllah.. Jangan kacau cinta kami.. Biarkan saya dengan cinta saya. Tapi andai ada yang nak berkongsi kasih dengan kekasih saya ni, saya rela. Sebab saya tahu, walau seramai mana pun yang berkongsi kasih dengan saya, dia masih akan berlaku adil dengan saya. Tak ada hak saya yang akan kurang @ hilang pun... Jadi, anda masih nak teruskan dengan kekasih sementara anda @ nak bermadu dengan saya?? x ada borang yang anda perlu isi. cuma mulakan dengan lafaz Asyhadu an Lailahailallah wa asyhadu anna Muhammad Rasulullah... Dan sebenarnya, memang kekasih saya dah lama memerhatikan anda, dan jangan lepskan peluang ni untuk bercinta dengan kekasih saya ni.. Tiada yang anda akan rugi.. X percaya cubalah!! ada beran???
Emm jadi akhirnya saya kena la jugak pekenalkan cinta hati intan payung saya ni...Cinta saya yang dah lama sangat saya kenal, sebelum saya kenal ibubapa saya lagi.. Dan saya harapkan cinta kami will remain forever..
Moga kami dapat brtemu di Syurga nanti.. ~Allah kekasih & cintaku ~
~stay in unity and Islam will win ~
1 comment:
betul.
cume terkadang kita lebih mengngati mereka yang bergelar manusia.
macam ne?
Post a Comment